Friday, June 10, 2011

Sihat Sebelum Sakit???

Alamak...apa yang sihat sebelum sakit tu?Nampaknya macam nak kena jaga kesihatan sebelum sakit tu datang.Tapi kalu dah sakit tu jumpa doktor je la.Dapat MC pulak tu...bole rehat puas-puasan dirumah.Tapi takkan nak sakit je...penat nak menelan ubat.Kata lain kenala jaga kesihatan melalui pemakanan dan senaman(standard advice).

Kali ni nak share tip-tip atau petua-petua dan pemuda-pemuda bagi mengurus kesihatan kita melalui sedikit tindakan dapat membantu memelihara kesihatan fizikal dan mental.Tip-tip ni diambil dari laman web mengenai kesihatan dan gaya hidup sihat.

1.Decorate Your Plate:
A 14-year study found that men whose diets were highest in fruits and vegetables had a 70 percent lower risk of digestive-tract cancers. How to reach your quota: Never eat a meal that doesn't contain a vegetable or fruit. And no, fries don't count.

2.Never Skip Breakfast:
A survey of more than 2,000 people who lost an average of 67 pounds and kept the weight off for more than 5 years found that 78 percent ate breakfast 7 days a week.

3.Lend a Hand:
Men who do volunteer work at least once a week have half the death rate of those who don't.

4.Save Your Marriage:
An unhappy one increases your chance of getting sick by 35 percent and shortens your life expectancy by 4 years.

5.Have a Banana:
The potassium it contains can lower blood pressure. One per day is all it takes.


Rumusanya,tak susah kalu nak sihat hanya amalkan petua-petua yang kadang-kadang dah biasa kita lakukan.Cuma kena sentiasa maintain.Yang best kahwin pun dapat kurangkan risiko dapat penyakit.Apa pun banyak lagi petua-petua yang boleh membantu kita mengubah kesihatan dan gaya hidup kita supaya usia tua takla asyik keluar masuk hospital je.

Wednesday, June 8, 2011

Kena ke Service Kereta?

Jawapannyer mestilah kena atau wajib service.Ada minor(standard) service dan ada major(premium) service.Memiliki Perodua Myvi 1.3 auto bukan lah sesuatu senang.Dah la beli bayar 10% deposit,loan pulak 9 tahun yela gara-gara nak jimatkan bulanan.Tapi yang lebih mustahak adalah maintenance kereta tersebut sepanjang hayat kita guna.Minyak,tol,tayar,spare part kalu rosak,insurance+road tax dan juga service.

Tapi kali ni nak citer pasal kos service kereta.Setakat ni dah tahun ke 5 Myvi nih biasanya service kat kedai service kereta biasa sebab dah habih warranty ngan Perodua.Kos biasanya dalam rm100++ dengan minyak hitam yang ketahanan 10,000KM.Ada juga kata 5000KM service lagi bagus.Mana-mana boleh,pilihan aku 10,000KM untuk penjimatan.Untuk service major bagi setiap 40,000KM Perodua merupakan pilihan aku sebab kepakaran dan ketelitian pada produk mereka sendiri dalam service.Kat luar pun ok but i am prefer at Perodua.

Baru-baru ini dah buat major service untuk kali ke 3 iaitu 120,000KM.Banyak benda kena check n replaced.Kos dalam RM438.00.Masalah major takde setakat ni.Tapi service berbaloi sebab kereta ni selalu jalan jauh,untuk keselamatan kenala selalu service bila sampai masanya.Kata Azizi Ali aka Otai Hartanah, kereta kena selalu dan kerap service bagi mengelakkan kerosakan besar dan dari situ anda dapat membuat penjimatan.

Jadi jangan tanguh-tanguh nak service kereta.Makin lama kereta tak service makin tinggi risiko kereta dan nyawa anda bertukar kepada keadaan yang lebih teruk.

Wednesday, May 4, 2011

Motosikal Kriss 2011

Salam semua,

Hari ini ulang tahun motosikal kriss 110 aku yang ke 9.Maksudnya ari ni dah renew policy insurance untuk satu tahun lagi.Guna insurance Allianz dan selepas tolak NCD 25%(maksimum) kena bayar RM173.97+RM4(roadtax).

Wak ai...mahal betul insurance tahun ni.Tahun lepas dalam RM82 sahaja.Setelah mendapat penjelas dari pegawai pos malaysia(kawan sekerja MAN RAJALAWAK),beliau menjelaskan bagi usia motor tak lebih dari 10 tahun hendaklah atau wajib mengambil first party insurance(berkuatkuasa 2011).Patutla mahal sebab tahun lepas third party lagi.

Oleh kerana motor ni pengangkutan utama saya yang menyelamatkan diri dari kesesakan dan kelambatan sampai ke Putrajaya,RM177.97 berbaloi untuk dibayar demi menjimatkan kos pengangkutan.Dah jimat tu duit lebih boleh la bayar hutang-hutang jahat.

Wednesday, March 2, 2011

Happy Birthday My Blackberry!

Salam semua pembaca blog ini.Dah lama tak update blog ini sebab kesibukan kerja.Hari ni dah masuk hari ke 2 bulan March...sedar tak sedar dah suku pertama tahun 2011...kejap jer rasanya.

Kali ni nak citer pasal handphone blackberry aku yang dah setahun usianya.Mula-mula guna agak janggal sebab fungsinya berbeza dari telepon nokia dan sony ericson(ex-handphone).Tapi dah lama pakai ni memang best blackberry ni sebab bagi satu pengalaman dan fungsi-fungsi lain dari yang lain.


Blackberry yang aku maksudkan ni adalah blackberry 9700 dibeli dengan harga rm2000++.Tu harga masa mula-mula keluar dipasaran.Yang menariknya BB 9700 ni macam komputer,boleh upgrade dan downgrade OS(operating system).Maklumla nama pun smartphone.Dulu pakai OS 5.0 sekarang dah upgrade OS 6.0 yang mana fungsi lagi menarik dan nak bukak internet pun laju.


Oleh itu dah setahun pakai blackberry ni kira puas hati sebab phone jarang hang,bateri still tip top,taip sms memang laju dan best,speaker phone sedap di dengar.Tu je la komen setakat ni pasal blackberry 9700 aku ni.Happy Birthday My Blackberry!

Sunday, January 23, 2011

Tip Kewangan oleh Irfan Khairi(IK)


Secara ringkas IK merupakan jutawan perniagaan menerusi internet yang mengegar Malaysia suatu ketika dulu.Sekarang beliau masih aktif dalam berkongsi rahsia kejayaan beliau dalam megadakan seminar dan ceramah serta buku-buku mengenai jutawan internet.Beliau bakal menerbitkan buku terbaru "Nota Jutawan:Nota Kewangan" pada bulan hadapan.Berikut adalah tip-tip kewangan dari IK.

5 Tip Kewangan dari Facebook IK
  • Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang 'kaya' hidup gini.
  • Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga.
  • Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%... atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga.
  • Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki!
  • Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan...kalau takde, memang bahaya untuk diri!

Dunia Baru

Semalam saya berada di HUKM bahagian wad bersalin.Melihat keseronokan dan keceriaan seorang ibu dan keluarganya meraikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka....baby perempuan....COMEL...CUTE...budaknya...tapi masa tu pukul 4:00ptg sampai sana baby baru je tido.Tak berkesempatan nak dukung dan dengar tangisan baby tu(tak nak kacau baby tido).

Sebagai seorang kawan kepada ibu baby tu...saya rasa gembira dan teruja juga nak mendapat baby.Haha...maybe tahun 2012 kottt...Tahun ni tengah concerntrate membina Dana Kecemasan dan meningkatkan sumber kewangan dahulu baru la diikuti dengan perkara-perkara lain.Lagi pun bila dah dapat baby sumber kewangan pun kenala kukuh bagi menjamin masa depan baby dan lain-lain.

Temuramah bersama ibu baby tu,inilah kata-kata ibunya "Muka baby sebijik macam ayahnya dan tiada langsung iras-iras maknya,syukur alhamdullilah sebab baby dah lahir dengan selamat selepas macam-macam perkara terjadi sebelum ni".Bagi saya semua ini adalah takdir dan kehendakNya.Ibunya tak henti-henti bercakap citer apa yg berlaku masa bersalin sampai la sekarang.Haha...biasala baby pertama,jadi teruja la bercerita pengalaman.

Insyallah baby akan kuar dari HUKM petang ni sekiranya semua ok.Nama baby belum ada lagi.mungkin nanti zirah baby kat umah tentu dah ada nama yang baik dan boleh dukung baby.Lupa pulak nak ambil gambar bersama ibu dan keluarga baby....just gambar baby sorang-sorang je...apa pun selamat datang ke dunia baru wahai baby comel.Semoga menjadi insan yang berguna...amin.

Wednesday, January 5, 2011

2011...

Happy New Year 2011!!!
Selamat Tahun Baru 2011!!!

Adalah tidak terlewat untuk mengucapkan selamat datang tahun 2011 pada semua pembaca blog ini.Harap tahun 2010 menjadi sejarah untuk kita semua dan 2011 menjadi permulaan baru ataupun keterusan dalam mencapai apa yang dirancang.

Untuk 2011 ini saya berbesar hati untuk berkongsi azam atau impian bagi mencapai kebebasan.

1.Membina Dana Kecemasan
2.Meningkatkan Simpanan
3.Meningkatkan pengetahuan dalam kerja,kewangan dan ilmu agama
4.Meningkatkan gaya hidup sihat
5.Berumahtangga

Kelima-lima azam diatas adalah yang utama perlu untuk dicapai sehingga akhir 2011.Doakan agar saya dapat mencapainya.Apakah azam dan impian anda semua wahai bloggers?