Sunday, January 23, 2011

Tip Kewangan oleh Irfan Khairi(IK)


Secara ringkas IK merupakan jutawan perniagaan menerusi internet yang mengegar Malaysia suatu ketika dulu.Sekarang beliau masih aktif dalam berkongsi rahsia kejayaan beliau dalam megadakan seminar dan ceramah serta buku-buku mengenai jutawan internet.Beliau bakal menerbitkan buku terbaru "Nota Jutawan:Nota Kewangan" pada bulan hadapan.Berikut adalah tip-tip kewangan dari IK.

5 Tip Kewangan dari Facebook IK
  • Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang 'kaya' hidup gini.
  • Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga.
  • Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%... atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga.
  • Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki!
  • Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan...kalau takde, memang bahaya untuk diri!

Dunia Baru

Semalam saya berada di HUKM bahagian wad bersalin.Melihat keseronokan dan keceriaan seorang ibu dan keluarganya meraikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka....baby perempuan....COMEL...CUTE...budaknya...tapi masa tu pukul 4:00ptg sampai sana baby baru je tido.Tak berkesempatan nak dukung dan dengar tangisan baby tu(tak nak kacau baby tido).

Sebagai seorang kawan kepada ibu baby tu...saya rasa gembira dan teruja juga nak mendapat baby.Haha...maybe tahun 2012 kottt...Tahun ni tengah concerntrate membina Dana Kecemasan dan meningkatkan sumber kewangan dahulu baru la diikuti dengan perkara-perkara lain.Lagi pun bila dah dapat baby sumber kewangan pun kenala kukuh bagi menjamin masa depan baby dan lain-lain.

Temuramah bersama ibu baby tu,inilah kata-kata ibunya "Muka baby sebijik macam ayahnya dan tiada langsung iras-iras maknya,syukur alhamdullilah sebab baby dah lahir dengan selamat selepas macam-macam perkara terjadi sebelum ni".Bagi saya semua ini adalah takdir dan kehendakNya.Ibunya tak henti-henti bercakap citer apa yg berlaku masa bersalin sampai la sekarang.Haha...biasala baby pertama,jadi teruja la bercerita pengalaman.

Insyallah baby akan kuar dari HUKM petang ni sekiranya semua ok.Nama baby belum ada lagi.mungkin nanti zirah baby kat umah tentu dah ada nama yang baik dan boleh dukung baby.Lupa pulak nak ambil gambar bersama ibu dan keluarga baby....just gambar baby sorang-sorang je...apa pun selamat datang ke dunia baru wahai baby comel.Semoga menjadi insan yang berguna...amin.

Wednesday, January 5, 2011

2011...

Happy New Year 2011!!!
Selamat Tahun Baru 2011!!!

Adalah tidak terlewat untuk mengucapkan selamat datang tahun 2011 pada semua pembaca blog ini.Harap tahun 2010 menjadi sejarah untuk kita semua dan 2011 menjadi permulaan baru ataupun keterusan dalam mencapai apa yang dirancang.

Untuk 2011 ini saya berbesar hati untuk berkongsi azam atau impian bagi mencapai kebebasan.

1.Membina Dana Kecemasan
2.Meningkatkan Simpanan
3.Meningkatkan pengetahuan dalam kerja,kewangan dan ilmu agama
4.Meningkatkan gaya hidup sihat
5.Berumahtangga

Kelima-lima azam diatas adalah yang utama perlu untuk dicapai sehingga akhir 2011.Doakan agar saya dapat mencapainya.Apakah azam dan impian anda semua wahai bloggers?