Wednesday, May 4, 2011

Motosikal Kriss 2011

Salam semua,

Hari ini ulang tahun motosikal kriss 110 aku yang ke 9.Maksudnya ari ni dah renew policy insurance untuk satu tahun lagi.Guna insurance Allianz dan selepas tolak NCD 25%(maksimum) kena bayar RM173.97+RM4(roadtax).

Wak ai...mahal betul insurance tahun ni.Tahun lepas dalam RM82 sahaja.Setelah mendapat penjelas dari pegawai pos malaysia(kawan sekerja MAN RAJALAWAK),beliau menjelaskan bagi usia motor tak lebih dari 10 tahun hendaklah atau wajib mengambil first party insurance(berkuatkuasa 2011).Patutla mahal sebab tahun lepas third party lagi.

Oleh kerana motor ni pengangkutan utama saya yang menyelamatkan diri dari kesesakan dan kelambatan sampai ke Putrajaya,RM177.97 berbaloi untuk dibayar demi menjimatkan kos pengangkutan.Dah jimat tu duit lebih boleh la bayar hutang-hutang jahat.