Wednesday, March 2, 2011

Happy Birthday My Blackberry!

Salam semua pembaca blog ini.Dah lama tak update blog ini sebab kesibukan kerja.Hari ni dah masuk hari ke 2 bulan March...sedar tak sedar dah suku pertama tahun 2011...kejap jer rasanya.

Kali ni nak citer pasal handphone blackberry aku yang dah setahun usianya.Mula-mula guna agak janggal sebab fungsinya berbeza dari telepon nokia dan sony ericson(ex-handphone).Tapi dah lama pakai ni memang best blackberry ni sebab bagi satu pengalaman dan fungsi-fungsi lain dari yang lain.


Blackberry yang aku maksudkan ni adalah blackberry 9700 dibeli dengan harga rm2000++.Tu harga masa mula-mula keluar dipasaran.Yang menariknya BB 9700 ni macam komputer,boleh upgrade dan downgrade OS(operating system).Maklumla nama pun smartphone.Dulu pakai OS 5.0 sekarang dah upgrade OS 6.0 yang mana fungsi lagi menarik dan nak bukak internet pun laju.


Oleh itu dah setahun pakai blackberry ni kira puas hati sebab phone jarang hang,bateri still tip top,taip sms memang laju dan best,speaker phone sedap di dengar.Tu je la komen setakat ni pasal blackberry 9700 aku ni.Happy Birthday My Blackberry!

No comments:

Post a Comment